CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 12, 2008

PANTUN SEBAGAI PELENGKAP DALAM TEKS UCAPAN

Pantun, kita semua maklum, adalah penghias bahasa. Tetua dan loyar buruk kampung biasanya terkenal kerana pantun mereka, yang dikarang serta merta atau dipadankan daripada khazanah lama. Hanya yang pandai pantun dapat ditempatkan pada peringkat tertinggi masyarakat. Mereka dihormati dan dianggap bijaksana. Orang yang dapat menggunakan pantun dengan baik pula, di sebaliknya, tidak mungkin bertaraf demikian. Oleh yang demikian pemidato, penghulu, batin dsb. biasanya cuba sesering mungkin mengutip daripada pantun, yang juga mengandungi kebijaksanaan tradisional. Pemidato moden pun sesekali cuba memasukkan pantun, dan dengan itu mencuri perhatian dan malah hujah. Tetapi walau apa pun hujahnya dia biasanya mendapat tepukan dan pengiktirafan – kerana dia telah membawakan seni hak bersama, kata-kata dalam bahasa indah dan juga pendapat yang teruji zaman. Sering dalam permulaan sesebuah percakapan kita mendengar pantun berikut,
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang
Awal bismilah pembuka kata.

Sebenarnya pantun menjadi `pemanis kata’, dan penyedap pendengaran. Siapa pun boleh berkata-kata, tetapi berkata-kata dengan seni, dengan keindahan bahasa dan ketepatan makna hanya menjadi hak beberapa an ibaratnya yang tidak tajam, akhirnya membantu tujuan untuk membantu. Dengar misalnya pantun terkenal ini, yang berisikan nasihat, yang ternyata menjadi hasil dari pengalaman yang panjang.
Pilih-pilih tempat mandi,
Pertama teluk kedua pantai,
Pilih-pilih tempat menjadi,
Pertama elok kedua pandai.

1 comments:

GC Dzul said...

Saya berminat untuk menggunakan pantun dalam majlis rasmi. Tapi saya ni bukan orang bahasa. Saudari ada koleksi pantun tak yang boleh dikongsi dengan saya.