CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, March 24, 2008

Tentang aku


Sesuatu tentang aku....Cari aku dalam aku, aku sembunyi dalam terang!

Aku dan duniaku


Buat Tatapan Semua


Barisan pemantun Kolej Kelima.
Dari kiri, Huda(Pengurus pasukan), Maizura, Suhaizam, Aishah.

Koleksi Gambar Peribadi


Gambar kenangan semasa Fiesta Warisan Pantun Tiga Penjuru (FIRU'S 06), di Kolej Canselor UPM.

Thursday, March 13, 2008

SEBUAH CORETAN

Kitakah para pencinta yang alpa
Kerna terlalu asyik dipukau barat
Lupa budaya sendiri
Lupa seni tinggalan Pak Tua
Setelah kian lama
Warisan ibunda dikelek dijunjung
Apakah kita hanya melihat dengan ekor mata
tiap bicara yang berkias
Tiap santun yang terungkap
Tandus akhirnya...
Tewas di telan waktu dan zaman
Alangkah dukacita...
Budaya sendiri tak siapa menghargai
Bimbang merajai sanubari
Kerna semakin layu pewaris tradisi
TIDAK!!!

Wednesday, March 12, 2008

PANTUN SEBAGAI PELENGKAP DALAM TEKS UCAPAN

Pantun, kita semua maklum, adalah penghias bahasa. Tetua dan loyar buruk kampung biasanya terkenal kerana pantun mereka, yang dikarang serta merta atau dipadankan daripada khazanah lama. Hanya yang pandai pantun dapat ditempatkan pada peringkat tertinggi masyarakat. Mereka dihormati dan dianggap bijaksana. Orang yang dapat menggunakan pantun dengan baik pula, di sebaliknya, tidak mungkin bertaraf demikian. Oleh yang demikian pemidato, penghulu, batin dsb. biasanya cuba sesering mungkin mengutip daripada pantun, yang juga mengandungi kebijaksanaan tradisional. Pemidato moden pun sesekali cuba memasukkan pantun, dan dengan itu mencuri perhatian dan malah hujah. Tetapi walau apa pun hujahnya dia biasanya mendapat tepukan dan pengiktirafan – kerana dia telah membawakan seni hak bersama, kata-kata dalam bahasa indah dan juga pendapat yang teruji zaman. Sering dalam permulaan sesebuah percakapan kita mendengar pantun berikut,
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang
Awal bismilah pembuka kata.

Sebenarnya pantun menjadi `pemanis kata’, dan penyedap pendengaran. Siapa pun boleh berkata-kata, tetapi berkata-kata dengan seni, dengan keindahan bahasa dan ketepatan makna hanya menjadi hak beberapa an ibaratnya yang tidak tajam, akhirnya membantu tujuan untuk membantu. Dengar misalnya pantun terkenal ini, yang berisikan nasihat, yang ternyata menjadi hasil dari pengalaman yang panjang.
Pilih-pilih tempat mandi,
Pertama teluk kedua pantai,
Pilih-pilih tempat menjadi,
Pertama elok kedua pandai.

BERNILAIKAH SENI DAN SASTERA DI MATA KITA?

sastera SMS Editorial 11 Ahad 6 Februari 2005-----------------------------------------
Melihat pemuda ditemani sebuah gitar, menyanyi menghibur demi seringgit dua, bukanlah perkara asing di beberapa tempat di kota raya Kuala Lumpur, sama tidak asingnya dengan melihat si buta yang menjual tisu dan sikat, juga untuk seringgit, dua ringgit atau lebih, atau penyimpulan yang lebih kejap, demi sesuap nasi, untuk diri sendiri dan untuk keluarga yang disara.
Tetapi apabila membaca kisah adanya penyair jalanan yang menjaja puisi di celah-celah manusia pelbagai etnik di Pasar Seni, sedikit mengujakan. Menurut pengkisahan lagi, dengan bayaran RM10, si penyair jalanan akan mendeklamasikan puisinya. Menarik bukan? Perkhidmatan tak akan ada, tanpa permintaan, barangan tidak akan dijual, tanpa ada pembeli. Perkaitan mudah, penyair jalanan tersebut masih setia dengan kerja uniknya, kerana masih ada insan yang masih mahu membeli dan seterusnya mendengar alunan puisinya. Selagi ada yang menghargai seni dan puisi khususnya, selagi itulah koceknya tidak akan lompong dari ringgit yang nilaiannya terkadang hampir sama dengan sebuah kehidupan. Begitulah, lelaki ini bijak mencatur hidupnya, menongkah arus berbekal bakat menulis dan seterusnya mendeklamasikan puisi, dan keyakinan bahawa akan ada insan yang mampu melepas wang RM10 dengan pulangan yang pada pandangan sesetengah mata, tidak ada nilainya. Mata yang tidak menghargai seni.
Seni dan sastera, tidak ternafi, memiliki nilai yang tinggi begantung kepada mata yang menghakimi. Mereka yang memandang karya sastera dengan kaca mata komersil, akan menjulang karya yang menjanjikan pulangan wang ringgit dengan segera dan menimbun jumlahnya. Karya yang memperaga nilai estetika dengan berkesan, menyogok mesej murni dengan penuh berseni, memartabat bahasa ke takah yang sepatutnya, tidak lagi terjamin kedudukannya di mata khalayak, atau lebih tepat, masih belum terjamin akan dilayan sama adil oleh penerbit, pengedar dan penjual buku. Maka tidak hairanlah apabila kita mendengar karya-karya hebat penulis tempatan sukar benar untuk dipasarkan, dan jikapun sudah berpindah tangan dari pengedar kepada penjual, buku yang memenangi hadiah sastera peringkat nasional sekalipun, hanya boleh didapati di atas tingkat dua kedai, di dalam sebuah bilik yang agak terpencil. Ini realiti!
Terlempar satu persoalan, untuk apa menghargai seni? Untuk apa menghargai sastera? Untuk apa menghargai usaha seorang penyair jalanan yang mencari wang ringgit bertujuan menghilang lapar dan dahaga? Tinggallah kita sebagai khalayak sastera untuk menyediakan jawapannya. Tidaklah menjadi hal kita ini penulis atau sekadar pembaca karya sastera, kerana cakupan khalayak di sini merangkumi kedua-duanya. Dua kelompok yang seharusnya mempunyai jawapan untuk soalan-soalan di atas. Jumpa lagi minggu hadapan, insya-Allah.
Amir Mukhriz