CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, February 21, 2008

PANTUN MELAYU: WARISAN BERZAMAN

Seni berpantun sangat terkenal dan dibanggakan dalam kalangan masyarakat silam. Senario hari ini memperlihatkan kepada kita bagaimana hasil seni yang indah ini kian dipinggirkan oleh masyarakat muda pada hari ini. Adalah amat mengecewakan sekiranya seni budaya yang satu ini dibiarkan usang tanpa ada generasi muda yang menjadi penyambung kemudi kepada seni berzaman ini. Timbul persoalan di sini, sejauh mana kita sebagai generasi pelapis mencanai idea dan kesungguhan untuk mengembalikan semula martabat pantun di tempat asalnya. Persoalan inilah yang perlu dirungkaikan. Tepuk dada tanya selera!