CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 5, 2008

BUDAYA BERPANTUN DALAM ADAT MEMINANG DAN PERKAHWINAN ORANG MELAYU

Adat meminang dan perkahwinan orang Melayu sememangnya punya keunikan yang tersendiri. Seringkali pantun digunakan dalam menyampaikan sesuatu hajat atau hasrat. Cukup cantik bahasa yang digarap sehingga menjadi baris-baris pantun yang punya maksud tersirat. Dalam adat meminang masyarakat Melayu, golongan 'veteran' terutamanya masih lagi gemar menggunakan pantun untuk menyampaikan hajat bagi sesuatu pihak disamping untuk tujuan berhibur dan berlawak jenaka. Lihat sahaja contoh pantun di bawah ini, sungguh puitis dan berseni.
Jentayu burung di awan
Batu gemala penghias mahkota
Tepak sirih di atas puan
Itulah mula pembuka kata
Kalau masih belum berpunya
Gementar tadi sudahlah hilang
Kamilah wakil datang bertanya
Kalau sudi hendak berbesan
Pokok kerini jangan dipanjat
Kalau dipanjat patah dahannya
Datang kami datang berhajat
Bunga di taman siapa empunya
Pecah tempurung nyiur disagat
Menahan belat digenting
Ada burung hendak diigat
Ada bunga hendak disunting
Beratur landak mencari makan
Pohon pegaga di depan pintu
Masjid hendak kami dirikan
Dua keluarga hendak disatu
Berat pending di leher jinjang
Pending disimpul lalu diikat
Hendak dirunding tidakkan panjang
Elok disimpul lalu diikat

0 comments: